Janji Allah, hanya dengan amalan ini dicukupkan segala keperluan dan dilimpahkan rezeki tanpa diduga

Dari Penulis

Kisah antara lebah dan labah-labah yang disebutkan dalam al-Quran ini sememangnya sangat menarik untuk diteladani. Kedua-dua jenis serangga ini dicerminkan dalam dua watak yang berbeza iaitu protagonis dan antagonis.   

Watak protagonis dalam sifat lebah sebagaimana yang disebutkan dalam surah an-Nahl ayat 68 dan 69 seharusnya diterjemahkan secara menyeluruh dalam hidup kita. Di situ terdapatnya nilai-nilai murni yang perlu ditekuni terutama dalam aspek berusaha mencari yang baik untuk dimanfaatkan kepada yang lebih baik.

Lihat sahaja bagaimana konsep mencari yang baik dilakukan oleh sang lebah. Walaupun ia diilhamkan oleh Allah S.W.T. untuk mendapat nektar yang terbaik dari bunga yang terbaik, namun  konsep ini tetap boleh diimplementasikan dalam hidup manusia.

Baca juga: siri 1: menakjubkan ketahui bagaimana al-Quran mengungkap rahsia lebah

Sebagai manusia, bukankah Allah S.W.T. telah mengurniakan akal untuk membezakan antara yang baik dengan sebaliknya. Maka itu, mencari sesuatu yang baik bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu keperluan dan kewajipan. Niat serta usaha ke arah itu perlu digerakkan dengan sedaya mungkin.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, ia perlu disusuli dengan konsep takwa dan tawakal kepada Allah. Sifat takwa dan tawakkal inilah yang menjadi ikatan dan simpulan yang kukuh antara kita dengan Allah S.W.T.

artikel berkaitan: siri 3 Perbezaan kalimah yatafakkarun yaqilun yatadabbarun dan yalamun dalam al-Quran

Dengan takwa dan tawakal inilah juga menjadi kunci bagi meraih sesuatu kebaikan yang tidak diduga serta menolak kita dari tergolong dalam perumpamaan yang disebut dalam surah al-Ankabut ayat 41.

Janji Allah S.W.T. kepada hamba Nya yang bertakwa dan bertawakal dalam surah at-Talaq ayat 2 & 3 bermaksud,

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan Barang siapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

___________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This