4 cara menghindari gangguan syaitan

Dari Penulis

Pertama: Membaca Mu’awwidzatain dan surah al-Ikhlas.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita membaca surah al-Falaq dan an-Naas untuk melindungi diri daripada syaitan. Namun ada satu lagi hadis yang lain, Rasulullah bersabda,

“Bacakanlah surah al-Ikhlas dan Mu’awwidzatain (surah al-Falaq dan an-naas) pada waktu pagi dan petang.”

Bacalah ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang untuk melindungi diri daripada syaitan. Surah itu sebagai pendinding dari pagi sampai petang dan dari petang hingga pagi, kena yakin hanya Allah yang akan menjaga kita. Amalkanlah setiap kali anak-anak hendak keluar dari rumah agar Allah pelihara daripada segala gangguan syaitan.

Kedua: Amalkan 10 ayat daripada surah al-Baqarah.

Ibnu Mas’ud r.a, katanya,

“Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang. Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya,” (HR al-Darimi dan al-Bhaihaqi).

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Nabi  s.a.w. bersabda,

“Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi,” (HR at-Tabrani).

Ketiga: Membaca keseluruhan surah al-Baqarah.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah” (HR Muslim).

Rasulullah bersabda,

“Dalam surah al-Baqarah ada penghulu ayat al-Quran, rumah yang dibaca di dalamnya ayat ini maka syaitan yang berada di dalam rumah akan keluar iaitu ayat Kursi.”

Maksudnya setiap hari perlu dibaca surah al-Baqarah dan bukannya surah Yasin. Kalau tidak sempat bacalah 10 ayat daripada surah al-Baqarah yang telah disebutkan tadi.

Masalahnya masyarakat kita bila hendak halau syaitan baca surah Yasin sebab itulah syaitan tidak mahu lari. Tambah-tambah lagi apabila rumah ada bayi yang baru lahir elok sangat dibacakan surah al-Baqarah kalau tidak boleh membaca sendiri mendengar orang lain membacanya pun boleh. Istimewanya al-Quran itu bukan sahaja membacanya mendapat pahala malah mendengarnya pun mendapat pahala.

Keempat: Dilarang mencela syaitan.

Diriwayatkan daripada Abu Malih daripada seorang laki-laki, ia berkata,

“Ketika aku dibonceng Nabi s.a.w. tiba-tiba unta Baginda tergelincir. Serta-merta aku katakan, ‘Celakalah syaitan’. Lalu Baginda bersabda, ‘Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, ‘Demi kekuatanku’. Akan tetapi ucapkanlah ‘Bismillah,’ sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat’,” (Abu Dawud).

Suatu ketika seorang sahabat meluahkan rasa sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w. tersandung. “Celaka syaitan”.

Rasulullah s.a.w. yang kebetulan mendengarnya menasihati, Jangan berkata “Celaka Syaitan”, kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata, “Dengan kekuatanku akan kubuat dia jatuh.” Ketika kau berkata, “Bismillah”, syaitan akan menjadi sekecil lalat.” (HR Ahmad)

___________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This