KERAJAAN akan meneruskan pemberian subsidi diesel dengan memperkenalkan mekanisme ‘fleet card’ Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memastikan ketirisan dan penyeludupan dapat dielakkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan kerajaan adalah untuk menambahbaik sistem subsidi diesel yang menyaksikan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion tahun lalu.
Menurut Perdana Menteri, semakan menunjukkan penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada 2019 iaitu pra-COVID kepada 8.4 bilion pasca-COVID iaitu tahun 2022.
Sedangkan, beliau berkata, jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus iaitu 2.08 juta pada 2019 kepada 2.13 juta dalam tahun 2022.
Anwar berkata, peningkatan mendadak penggunaan diesel itu membayangkan ketirisan melalui penyeludupan yang perlu ditangani segera.
“Ini disebutkan ketirisan RM10 bilion dan kemudian dicabar sesetengah Ahli Parlimen pembangkang kerana tidak teliti angka disediakan.
“Pemberian diesel subsidi itu diteruskan tetapi mesti melalui fleet card. Dengan cara ini kita dapat kesan siapa perlu boleh pakai, tapi jangan ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku sekarang,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), hari ini.
Baca artikel berkaitan: Khidmat Azam dilanjutkan kerana tugas memuaskan – PM
Beliau berkata kerajaan sedang memperincikan jenis-jenis kenderaan yang akan menikmati subsidi diesel.
“Kita sedang perinci kenderaan mana diperlukan dan sebagainya tetapi yang jelas subsidi diesel tidak dinaikkan.
“Cuma kita nak tentukan yang berhak akan peroleh diesel subsidi. Kita tidak mahu, wang cukai dibayar untuk bantu rakyat tetapi diguna kartel-kartel seperti kartel-kartel minyak masak, digunakan untuk kepentingan segelintir kecil,” kata beliau.
Pemberian diesel bersubsidi juga akan diperluaskan kepada sektor pengangkutan darat barangan.
Peluasan pensasaran subsidi diesel itu akan memanfaatkan sembilan jenis kenderaan sektor barangan iaitu lori kargo am; lori minuman botol; lori refrigerated; lori kuton/kotak; penggerak utama; lori tangki tepung; lori tangki air; panel van dan window van.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

