Antara lidah dan hati yang mana organ paling baik, dan yang mana organ paling buruk?

Dari Penulis

Luqmanul Hakim seorang hamba berketurunan Habsyi yang soleh. Dianugerahkan Allah kepadanya ilmu pengetahuan yang tinggi dan pemahaman yang mendalam. Suatu hari tuannya berkata,

“Sembelihkan aku seekor kambing untuk santapan keluarga.”

Lalu Luqman pun menyembelih seekor kambing peliharaan seperti yang diarahkan oleh tuannya. Setelah selesai kerja menyembelih dilakukan lalu tuannya meminta kepada Luqman,

“Keluarkan dari kambing itu dua bahagian daging yang paling baik.”

Maka tanpa berlengah Luqman menurut perintah dan memotong dua bahagian daging paling baik seperti yang diminta oleh tuannya. Maka dua bahagian daging iaitu lidah dan hati yang telah dipilih oleh Luqman sebagai yang daging yang paling baik diserahkan kepada tuannya.

Beberapa hari kemudian sekali lagi tuannya memerintahkan untuk menyembelih seekor kambing lain untuk dijadikan hidangan keluarga. Luqman mematuhi arahan tuannya dan menyembelih seekor kambing. Lalu tuannya berkata,

“Keluarkanlah dua bahagian daging yang paling buruk dari tubuh kambing itu.”

Tanpa berkata apa-apa Luqman menurut arahan lalu dia memotong dua bahagian daging yang paling buruk dari kambing itu. Luqman mengasingkan lidah dan hati yang diambil dari kambing itu dan diserahkan kepada tuannya.

Tuannya kehairanan kerana Luqman memilih bahagian daging yang sama untuk yang terbaik dan terburuk dari seekor kambing.

“Aku memerintahkan kamu untuk mengeluarkan dua bahagian daging yang paling baik lalu engkau mengeluarkan lidah dan hati. Saat aku perintahkan engkau untuk mengeluarkan dua bahagian daging yang paling buruk, engkau pun mengeluarkan lidah dan hati. Mengapa kamu lakukan itu?”

Lalu Luqman menjawab,

“Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang lebih baik dari hati dan lidah bila kedua-duanya baik. Dan tidak ada sesuatu pun yang lebih buruk daripada hati dan lidah bila kedua-duanya buruk.”

Kisah lain: Harga kekayaan hanya dengan segelas air

Suatu hari, Khalifah Harun Al-Rasyid duduk bermenung dengan hati yang penuh kegelisahan. Terlalu banyak yang difikirkan daripada soal pemerintahan negara hinggalah masalah rakyatnya. Acap kali apabila fikirannya buntu beliau akan memanggil ulama untuk meminta nasihat. Hari itu beliau telah mengundang ulama terkenal semasa pemerintahannya, Abu As-Sammak untuk meringankan beban yang bersarang di fikirannya.

“Nasihatilah aku,” pinta Khalifah ketika ulama itu mengambil tepat duduk bersamanya.

Pada saat yang sama, seorang pelayan membawa segelas air untuk Khalifah. Sebelum minum, Abu As-Sammak berkata,

“Tunggu sebentar, wahai khalifah”

Khalifah pun meletakkan gelas airnya sambil ternanti-nanti apa yang Abu As-Sammak hendak lakukan.

Seketika Abu As-Sammak menyambung kata-katanya,

“Seandainya dalam keadaan sangat dahaga, sedangkan segelas air itu tidak kau peroleh, berapakah harga yang sanggup kau bayar, wahai khalifah?”

“Setengah dari kekayaanku,” jawab Khalifah ringkas.

Lalu Abi As Sammak pun mempersilakan khalifah minum. Selesai minum, Abu As-Sammak bertanya lagi,

“Seandainya air tadi terpaksa untuk dikeluarkan, tapi kau tak mampu mengeluarkannya, berapakah yang akan engkau bayar agar ia keluar?”

“Setengah dari kekayaanku,” jawab Khalifah.

“Kalau demikian, sedarilah bahawa seluruh kekayaan dan kekuasaan yang ada di sisimu, nilainya hanya segelas air. Tidak wajar direbut dan dipertahankan tanpa hak. Ketahuilah, betapa banyak nikmat Allah S.W.T. selain segelas air itu yang telah engkau nikmati sehingga tidak wajar jika engkau tidak mensyukurinya,” nasihat Abu As-Sammak kepada Harun Al-Rasyid. Wallahu a’lam

________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This