14 bencana lidah yang menyebabkan kerosakan dan murka Allah

Dari Penulis

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya. Dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya” (HR Ahmad)

Hadis ini mengingatkan kita akan peri perlunya menjaga lidah atau lisan agar tidak mengheret kita kepada kemusnahan. Antara bencana lidah yang perlu diawasi ialah:

Pertama: Berkata yang tidak perlu.

Janganlah mengambil tahu hal yang tidak perlu diambil tahu dan menghabiskan masa bercerita hal-hal yang tidak berfaedah.

Kedua: Mengambil tahu hal tepi kain orang

Ingat! bercakap mengenai orang lain secara berlebih-lebihan adalah perkara tercela

Ketiga: Melibatkan diri dalam kebatilan

Contohnya berbual-bual mengenai hal berkaitan maksiat seperti parti minum arak, rancangan yang keji, cerita-cerita persundalan dan sebagainya.

Keempat: Berbantah-bantah dan bertengkar

Hadis Nabi s.a.w. menyebut, “Tidak akan sempurna hakikat keimanan seseorang sehingga ia meninggalkan berbantah-bantahan, sekalipun yang diperbantahkan itu adalah kebenaran”

Jika tidak bersetuju nyatakanlah dengan lemah-lembut dan janganlah membantah sehingga menampakkan anda terlalu berbangga dengan pendapat sendiri serta merasakan diri lebih pintar daripada orang lain.

Kelima: Bertelingkah

Ekoran dari perbuatan berbantah-bantah maka timbul pertelingkahan. Pendapat diutarakan dengan rasa sakit hati, akhirnya hujah yang dikeluarkan tidak lagi perlu benar, yang penting dapat menundukkan musuh.

Keenam: Meniru percakapan yang indah-indah

Berterus teranglah dalam menyampaikan maksud, tidak perlu memaksa diri atau buat-buat percakapan yang indah-indah atau meniru cara percakapan orang lain.

Ketujuh: Berkata kotor, memaki dan cabul lidah

Dari segi agama, kata-kata kotor adalah sejenis kejahatan. Sabda Nabi s.a.w.,

Bukanlah seorang mukmin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata hina”

Kelapan: Melaknat

Sama ada kepada manusia, binatang atau benda, semua itu dilarang. Sabda Rasulullah s.a.w.,

Seorang mukmin yang sejati bukanlah orang yang suka melaknat”

Kesembilan: Bernyanyi dan bersyair

Yang dilarang ialah nyanyian dan syair yang mengandungi kata-kata yang diharamkan seperti mengajak kepada kemungkaran, mengejek orang lain, menaikkan nafsu syahwat atau keghairahan dan sebagainya.

Kesepuluh: Bersenda gurau

Janganlah bergurau terlalu kerap dengan cara yang melampaui batas pula. Contohnya bergurau sehingga mencetuskan rasa sakit hati, permusuhan dan hilang rasa hormat. Rasulullah s.a.w. pun bergurau juga tetapi Baginda hanya berkata yang benar sahaja.

Kesebelas: Menghina atau mengejek

Menurut syarak, hukum mengejek mengejek adalah haram. Ini termasuklah mendedahkan keaiban orang, merendah-rendahkan dan menghinanya.

Kedua belas: Membocorkan rahsia

Perbuatan ini juga dilarang oleh syarak kerana akan menyakitkan hati dan tidak mengambil berat kepentingan orang lain. Apatah lagi ia seperti mengkhianati amanah. Sabda Baginda s.a.w.

“Apabila seorang telah memberitahu sesuatu perkara, lalu dia pergi maka itu adalah suatu amanat (tidak boleh disebarkan)”

Ketiga belas: Janji bohong

Memungkiri janji adalah tanda-tanda sifat nifaq. Jadi berhati-hatilah. Ingat, menepati janji hukumnya adalah wajib.

Keempat belas: Berdusta dan bersumpah

Di dalam hadis dinyatakan bahawa sifat dusta adalah sama tarafnya dengan kecurangan dan merupakan pintu dari pintu-pintu nifaq. Manakala jika bersumpah pula hendaklah dikotakan, jika tidak, wajib membayar kafarah. Wallahu a’lam

_____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This