SEORANG wanita ditahan awal pagi tadi selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendera dua orang bayi di sebuah tadika dekat Mutiara Rini, Iskandar Puteri.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan itu susulan dua klip video tular memaparkan aksi wanita tersebut mengasari bayi terbabit semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan lelaki berusia 9 bulan.
“Suspek berusia 21 tahun itu ditahan di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul 2 pagi tadi.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lavanya di talian 019-8822403.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

