5 sekeluarga maut selepas Saga langgar lori tanah

Dari Penulis

LIMA beranak maut selepas kereta yang dinaiki melanggar belakang lori tanah di di Kilometer 310.2, Lebuhraya Utara-Selatan, Perak, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.03 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dan Gopeng dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Nadzri Che Nordin melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki oleh 5 orang.

Kenderaan terbabit telah melanggar belakang lori bermuatan tanah dan menyebabkan Proton Saga terbakar di bahagian bonet hadapan sebanyak 5 peratus.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit dalam kemalangan itu.

“Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan tabung alat pemadam api.

“Bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas,” kata kenyataan itu.

Empat mangsa dikenali sebagai Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, Muhammad Azib Nasaruddin, 23, serta ibu mereka iaitu Azriyani Abdul Latif, 45, disahkan maut di tempat kejadian.

Sementara itu memetik laporan Bernama, seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, disahkan meninggal dunia 9.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, Muhammad Fawwaz yang ketika itu kritikal dikejarkan ke Hospital Tapah meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, Inspektor Arif Khariri di talian 014-3684870.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This