Doktor sentiasa menasihati kita agar sentiasa minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambah-tambah lagi ketika musim panas.
Namun begitu, tidak semua suka minum air kosong kerana rasanya yang tawar dan warnanya juga tidak menarik seperti minuman bergula. Tetapi tahukah anda bahawa air putih sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan.
Kekurangan air putih di dalam badan mampu mengundang pelbagai penyakit.

Berikut adalah manfaat dan kepentingan air putih dalam kehidupan seharian manusia.
- Melancarkan Sistem Penghadaman
Badan memerlukan air untuk mencerna makanan dan melancarkan sistem penghadaman. Kekurangan air di dalam badan akan mengganggu sistem pencernaan sehingga boleh menyebabkan sembelit terjadi. - Menurunkan Berat Badan
Minum air secukupnya dapat mengurangkan berat badan. Air yang mencukupi dapat meningkatkan metabolisme badan. Metabolisme membantu membakar kalori harian. Minum air 30 minit sebelum makan juga mampu membuatkan seseorang itu berasa kenyang dan dapat mengelakkan diri daripada makan secara berlebihan. - Mengeluarkan Toksin Dan Racun
Minum air putih membantu mengeluarkan toksin dan racun daripada badan. Racun ini akan dikeluarkan melalui sistem pencernaan dan peluh badan. Semakin banyak minum air putih semakin bebas daripada toksin dan racun yang berbahaya. Secara tidak langsung dapat mengelakkan diri daripada diserang penyakit. - Menstabilkan Tekanan Darah
Minum air dua hingga tiga liter sehari dapat menstabilkan tekanan darah. Hal ini kerana air berfungsi untuk mencairkan darah dan membuka jalur yang tersumbat dalam peredaran darah akibat kandungan garam yang tinggi. Darah yang pekat boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan mampu memberi risiko terhadap kesihatan jantung. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya. - Mencegah Dehidrasi
Air sangat penting untuk memastikan badan kekal hidrasi. Minum air putih lapan gelas sehari mampu menghilangkan rasa haus dan mengelakkan diri daripada terkena penyakit dehidrasi.
Dehidrasi akan menyebabkan tubuh lemah dan tidak bermaya sehingga boleh mengganggu fungsi tubuh badan. Dehidrasi juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti kejang, ginjal gagal berfungsi dan pembengkakan otak. - Merawat Masalah Kulit Wajah
Apabila badan bebas daripada toksin dan racun, ia membantu merawat masalah kulit wajah. Air yang mencukupi membantu mencerahkan kulit, mengecutkan jerawat dan melambatkan penuaan serta menghilangkan garis-garis halus kedutan. Bagi yang ingin memperolehi kecantikan secara alami, amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air sehari. - Menjaga Kesihatan Ginjal
Air sangat penting untuk kesihatan ginjal. Air merupakan salah satu faktor yang akan memastikan ginjal berfungsi dengan baik. Ginjal akan memproses darah dan membuang segala keburukan yang berada di dalam darah melalui urin. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan urin menjadi pekat berwarna kuning dan bau yang tidak enak. Kekurangan air dan kepekatan urin akan meningkatkan risiko terjadinya penyakit batu karang dan merosakkan ginjal.

