Sebut aje kuih nona manis, pasti ramai yang menyukai. Lemak manis, kuihnya diadun dengan campuran jus air pandan, pelengkap rasa. Adunan yang sempurna, pasti menghasilkan kuih nona manis yang sedap menepati cita rasa. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Kak Martini ini. Selamat mencuba.

NONA MANIS
BAHAN ADUNAN HIJAU
120 gm tepung gandum
120 gm gula
320 ml santan
100 ml jus pandan
2 biji telur
½ sudu kecil garam
BAHAN ADUNAN PUTIH
1 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN

UNTUK ADUNAN HIJAU : Campurkan telur bersama tepung gandum.

Kemudian masukkan santan. Tambahkan gula dan garam.

Tuangkan sedikit air, kacau hingga rata. Tuangkan pula jus pandan. Sebatikan.

Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan separuh adunan. Ketepikan.

UNTUK ADUNAN PUTIH : Satukan ke semua bahan inti, kacau di atas api perlahan sehingga berkilat. Biarkan sejuk sedikit, lalu paip di tengah-tengah adunan hijau.

Panaskan pengukus, kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

