EMI kembali ‘bernyawa’, beri peluang kepada bakat baharu teruskan legasi

Dari Penulis

UNIVERSAL Music Malaysia mengumumkan pelancaran semula EMI Music Malaysia (EMI) sebagai syarikat rakaman yang bernaung dibawahnya, bertempat di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dilantik menjadi ketua EMI yang baru, Adib Hamdi bersemangat dan teruja ingin menubuhkan kembali syarikat lama ini yang pernah ditubuhkan pada 1966.

Adib membabitkan diri dalam industri hiburan tempatan sejak November yang lalu dan juga telah berkhidmat selama tujuh tahun dalam bidang ini bersama World Peace Entertainment dan XO House.

“Rugi kalau saya tak menceburi dalam bidang korporat. Saya percaya dengan EMI, corak fikiran tempatan yang bagus, bajet lebih, saya boleh. Saya ada berbual mengenai ini dengan rakan industri seperti Ezra Kong dan Mike Chan,” ujarnya.

Pemuda berusia 30 tahun itu berkongsi tentang membina semula nama EMI untuk meneruskan legasi seniman dan seniwati selain memberi peluang kepada selebriti baru.

Tambahnya, dia mendedahkan strategi yang bagus bagi menjayakan label itu dengan kewujudan dua artis di bawah naungannya.

“Saya tubuhkan kembali label EMI ini kerana nak beri justifikasi kepada lagu-lagu lama dan saya nak buka peluang kepada bakat-bakat baru untuk dipromosikan.

“Saya yakin dengan adanya kapasiti dan kredibiliti daripada kerjasama semua, saya boleh bawa dua artis ini ke tahap yang tinggi dan berbeza dari orang lain.

“Saya nampak Ezra Kairo dan Irfan Haris ada kelainan yang boleh dibawa ke EMI. Kami ada genre R&B, pop balada. Jadi saya suka ada pelbagai genre,” jelasnya kepada URTV.

Ditanya juga tentang pemilihan artis di bawah EMI ini, tidak dinafikan Ezra dan Irfan mempunyai bakat dan kualiti yang luar biasa malah penonton yang strim lagu mereka telah mencecah ratusan ribu orang.

“Saya memang suka untuk memperkenalkan bakat orang-orang muda sebab energi yang lain daripada yang lain, dan saya bersikap terbuka sahaja.

“Penonton yang melihat lagu mereka di Youtube pun ada lebih kurang 500 ribu orang dan mereka viral bersama kualiti yang hebat,” katanya.

Terdahulu, EMI Music Malaysia pernah mencipta nama penyanyi hebat seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Puan Seri Saloma, Allahyarham Sudirman, Allahyarham Sharifah Aini, Ella, KRU, Rahmat, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Cromok, Loong Piao Piao, Zhang Zhe, Farra, Krisya, Korie, Mac Ruhayu, dan Nurade.

Namun begitu, EMI Malaysia tidak lagi menjadi syarikat tunggal pada September 2008 dan telah menjadi sebahagian Universal Music Group pada 2014.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This