SEPASANG suami isteri ditemui maut selepas terjun dari sebuah hotel di Genting Highlands pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 9.46 malam.
Siasatan awal mendapati mangsa merupakan pasangan berusia 37 tahun dari Taiping, Perak dan telah mendaftar masuk di hotel terbabit pada 11 Mei lalu.
“Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati bermula dari tarikh kedua mangsa menginap sehingga tarikh kejadian, tiada sebarang individu melainkan mereka sahaja yang keluar masuk bilik hotel.
“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bedah siasat telah dijalankan oleh pihak hospital dan mendapati kematian suami disebabkan oleh ‘massive hemothorex’ manakala isterinya pula berpunca dari ‘severe head injury’.
Zaiham berkata, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

