Beli tiket konsert daripada saluran rasmi yang sah – KPDN

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ORANG ramai dinasihatkan untuk membuat pembelian yang bijak dengan mendapatkan tiket konsert daripada saluran jualan rasmi dan sah.

Hal itu selepas isu penjualan semula tiket konsert hiburan ‘Coldplay’ pada harga yang terlalu tinggi baru-baru ini menjadi tular dalam kalangan warganet.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini berkata, pengguna berhak memilih tiket pada harga yang bersesuaian dengan kemampuan mereka dan penawaran harga yang berpatutan oleh peniaga.

Jelas kenyataan itu, sekiranya pembeli merasakan wujudnya unsur penipuan dalam urusan pembelian tiket tersebut, mereka wajar membuat aduan rasmi kepada KPDN dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Baca juga: Sah! Coldplay bakal ‘tawan’ Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini! Peminat dah tak sabar nak beli tiket

“Ini untuk membolehkan  siasatan dijalankan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain Kementerian.

“KPDN menyeru kepada semua peniaga agar lebih beretika dalam  urusniaga dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang,” ujar kenyataan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This