Beri laluan calon lebih muda, Azmin bayang tak bertanding PRN Selangor

Dari Penulis

BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membayangkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi selepas mengumumkan untuk berehat dari politik.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu, beliau mahu memberi laluan kepada calon lebih muda dan berpotensi besar dalam gabungan berkenaan untuk bertanding.

“Setelah berkhidmat tujuh penggal iaitu tiga penggal di Parlimen Gombak, tiga penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan satu penggal di DUN Hulu Kelang.

“Maka saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memberi laluan kepada tokoh muda yang ramai berpotensi, saya akan terus memberikan khidmat dan sumbangan kepada Perikatan Nasional.

“Dan inilah yang sedang saya lakukan, saya lihat sambutan kepada PN semakin mantap dan kukuh,” katanya menurut Berita Harian.

Dalam perkembangan berkaitan Azmin turut mengulas mengenai dakwaan akan bertanding di DUN Morib sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

“Saya terima banyak permintaan bukan sahaja DUN Morib tetapi beberapa DUN di Selangor.

“(Sekiranya dicalonkan) saya serah kepada kepimpinan parti,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, serta pimpinan PN.

Pada 18 Mei, memetik Utusan Malaysia, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata sedia berdepan Azmin sekali lagi jika beliau bertanding pada PRN.

Pada PRU15, Amirudin berjaya menumbangkan Azmin di Parlimen Gombak dengan majoriti hampir 13,000 undi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This