Aizat Amdan teruja, tak sangka Hadiahkan Duka Kepadamu dapat sambutan luar biasa

Dari Penulis

PENYANYI, Aizat Amdan atau Muhammad Aizat Amdan berasa teruja dapat berkongsi buah tangan terbaharu berjudul Hadiahkan Duka Kepadamu khusus buat para peminatnya.

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia tidak menyangka menerima maklum balas yang luar biasa daripada peminat yang sudah lama menantikan karya barunya.

“Setiap kali mahu menghasilkan produk baharu, ada beberapa perkara bermain difikiran termasuklah pertanyaan, adakah lagu baharu ini akan diterima baik oleh mereka atau tidak.

“Tapi apabila melancarkan sahaja lagu ini pada bulan Ramadan yang lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak. Hilang segala gundah apabila lagu ini mulai disukai oleh peminat dan mula dimainkan oleh stesen radio,” katanya.

Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Lagu genre balada ini turut dijadikan lagu drama OST Kerasnya Takdir yang disiarkan melalui slot Akasia, TV3.

Penyanyi lagu Hanya Engkau Yang Mampu itu menyatakan lagu barunya itu diterima secara drastik dan dapat memberikan halwa telinga kepada pendengar yang lain.

“Saya gembira apabila orang mula mengetahui lagu ini sedikit demi sedikit. Ada dalam kalangan peminat yang terkejut apabila mengetahui lagu ini dinyanyikan oleh saya.

“Ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu dan tak kurang juga yang jatuh cinta kali pertama mendengarkannya. Semua itu memberikan keterujaan kepada saya,” ujarnya.

Bercerita mengenai kerjasama dengan Ajai pula, Aizat bertemu beberapa kali dengan komposer berkenaan bagi mendengar sendiri lagu tersebut. Menariknya, dia sendiri jatuh cinta saat demo lagu berkenaan diperdengarkan kepadanya.

Memandangkan ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama, pastinya banyak perbincangan dilakukan demi memastikan kelancaran proses rakaman selepas itu

“Pastinya saya teruja memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama. Abang Ajai sendiri memang seorang komposer yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan sejumlah lagu yang banyak.

“Sebagai penyanyi saya mahu sampaikan lagu berkenaan sehabis baik. Sejujurnya saya menjadikan lagu ini buah tangan baharu yang akan diminati oleh pendengar seperti lagu-lagu terdahulu,” tambahnya lagi.

Untuk info, Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Alternate Records dan lagu diedarkan oleh Indigital Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This