Aaron Aziz kesal berita kematian palsu tentangnya disebar buat kali ketiga

Dari Penulis

PELAKON terkenal, Aaron Aziz meluahkan rasa marah apabila mendapat tahu sebuah blog yang memuat naik tentang berita kematian pada Sabtu lalu.

Ujar Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, dia berasa geram akibat fitnah yang diterima buat kali ketiga dalam masa tidak sampai setahun.

“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.

“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini adalah satu jenaka?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun itu turut risau jika berita sebegini memberi impak negatif kepada netizen dan anaknya yang sedang belajar di luar negara.

“Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” katanya.

Selain itu, pelakon filem KL Gengster itu memuat naik ‘screenshot’ dari portal berkenaan dengan tajuk yang agak mengelirukan.

“Innalillah, khabar pilu daripada pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia,” demikian ayat paparan tersebut.

Terdahulu, berita sebegini pernah wujud di media sosial yang menunjukkan Aaron meninggal dunia akibat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji pada September 2013 yang lalu.

Menerusi laporan berlogo Global Associated News, aktor kelahiran Singapura itu dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di Switzerland.

Namun begitu, laman berkenaan juga pernah melaporkn berita palsu kematian individu ternama termasuk Tiger Woods, Nicki Minaj, Jaden Smith, Adam Sandler dan Avril Lavigne.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This