Jika ada lebihan roti, jangan dibuang. Boleh dibuat kuih talam. Campak-campak aje! Bahannya pun mudah. Resipi talam roti ini ada bermacam versi, asalkan sukatannya tepat pasti menjadi. Bolehlah anda mencubanya.

TALAM ROTI
BAHAN LAPISAN BAWAH
250 gm roti putih
150 gm gula halus
200 ml santan
300 ml air
2 biji telur
¼ sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil garam
BAHAN LAPISAN ATAS
120 gm tepung kastard
200 gm gula kasar
300 ml santan
500 ml air
2 biji telur
½ sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN

Susun roti di dalam loyang dan taburkan buah campur. Ketepikan.

Satukan gula, santan, air, telur, esen vanilla dan sedikit garam. Pukul sebati.

Curah rata adunan ke atas roti, rendam selama 30 minit. Kemudian kukus selama 20 minit.

Untuk bahagian atas, satukan semua bahan dan pukul sebati. Tapis adunan ke dalam periuk.

Masak adunan di atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga adunan likat dan tidak berketul.

Tuang adunan ke atas lapisan bawah yang telah siap dikukus. Kemudian kukus lagi selama 30 minit hingga masak.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

