RCI siasat buku Tommy Thomas belum ditubuhkan – Azalina

Dari Penulis

MESKIPUN telah dipersetujui oleh kerajaan namun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness” masih belum ditubuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah menyatakan persetujuan penubuhan RCI pada 11 Januari lalu.

Jelasnya, ini bagi meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan kehakiman dan perundangan negara.

“Perkara ini dalam perincian dan tindakan lanjut oleh pihak BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum diangkat ke Jemaah Menteri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).

Baca artikel lain: LIMA’23: Malaysia komited pertingkat keupayaan industri pertahanan

Buku tulisan Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 mengundang kritikan beberapa pihak, termasuk Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan beberapa laporan polis dibuat mengenainya.

Antara lain, Thomas mendakwa dalam bukunya bahawa beliau mengadakan perbincangan bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika kedua-duanya dalam kerajaan, dalam melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Media sebelum ini melaporkan syor terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang kini didedahkan kepada awam apabila Jemaah Menteri terdahulu menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This