POLIS telah mengeluarkan 28 keping saman terhadap pemandu selepas bertindak memandu melawan arus ketika trafik sesak di Jalan Storey-Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya turut mengesan rakaman tular di laman Twitter memaparkan aksi beberapa kenderaan terbabit kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 6.14 petang itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan sedang menutup jalan dengan membuat lencongan di beberapa laluan utama ke Bangunan Sultan Iskandar.
“Penutupan sementara di Jalan Storey ini dilakukan kerana jumlah kenderaan yang meningkat sehingga menyebabkan Jalan Tebrau mengalami kesesakan.
“Kesan daripada penutupan itu, kenderaan yang berada di hadapan stesen minyak Jalan Storey bertindak mengambil kesempatan dengan memandu secara melawan arus dan memotong barisan untuk menuju ke Bangunan Sultan Iskandar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raub berkata, pihaknya telah mengeluarkan 28 keping saman atas kesalahan memotong barisan.
Katanya seorang lelaki turut ditahan kerana tidak memberikan kerjasama ketika proses saman dilakukan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

