Empat cedera selepas Navara langgar Alza

Dari Penulis

EMPAT termasuk dua wanita cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 24.5, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sungai Siput, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar telah melanggar sebuah Perodua Alza di persimpangan lampu isyarat.

“Sampai di lokasi kejadian, pemandu Navara telah melanggar Alza yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

“Akibat itu, Alza telah bergerak ke hadapan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah Proton Saga sehingga terbabas ke bahu jalan.

“Sebuah lori yang datang dari arah belakang Saga tidak sempat mengelak lalu melanggar Alza,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kesemua mangsa berbangsa India berusia 12 hingga 34 tahun itu telah dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi menerima rawatan lanjut.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN 166/59 M.

Khaizam berkata, orang awam diminta memandu kenderaan secara cermat bagi mengelakkan berlaku kejadain yang tidak diingini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This