KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) perlu mempertimbangkan untuk meneruskan pembinaan lutar perlumbaan drag di setiap negeri.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal itu kerana litar drag akan menjadi platform terbaik untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar professional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara.
Jelas beliau, kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran itu merupakan satu daripada punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak.
“Saya merasa kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan di Parlimen pada 23 Mei lalu mengenai keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri.
“Ketika pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi pembinaan litar perlumbaan drag untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Tragedi Everest: KBS, penganjur diseru buat siasatan menyeluruh
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menyarankan agar pihak KBS meninjau dan melawat litar perlumbaan drag yang telah siap dibina di Terengganu dan Johor.
Beliau berkata, kos pembinaan litar drag di Johor adalah pada kadar minimum seperti pembinaan litar dan pagar keselamatan sahaja berbanding di Terengganu yang menelan kos lebih tinggi kerana mempunyai tempat duduk grandstand.
Menurut Ismail Sabri, pembinaan litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap pada 2022 juga hanya melibatkan kos sebanyak RM1.3 juta iaitu satu usaha kerjasama di antara agensi swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.
“Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memahami aspirasi anak muda dan minat mereka dalam bidang permotoran ini.
“Pihak KBS diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya akan cadangan tersebut agar satu penyelesaian tuntas dapat diberikan dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh para belia,” katanya.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Parlimen menyatakan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk mewujudkan litar drag di setiap negeri.
Hannah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Dewan Rakyat, hari ini berkata, langkah meneruskan cadangan kerajaan pimpinan Ismail Sabri akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

