2 lelaki curi Pajero diberkas dalam aksi kejar-mengejar dengan polis

Dari Penulis

DUA lelaki ditahan selepas terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan polis di Kampung Pahi, Kuala Krai, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sebuah Pajero dilaporkan hilang di Melor, Kota Bharu.

Beliau berkata, tindakan pantas anggotanya telah berjaya mengesan kenderaan dinaiki suspek dan merampas Pajero tersebut dalam tempoh kurang satu jam.

“Suspek pertama berusia 39 tahun dengan empat rekod lampau dan suspek kedua berusia 29 tahun dengan 10 rekod lampau berjaya ditahan pada pukul 3.30 pagi.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui 85 pil methamphetamine, dua pil bertulis Y1 dan 12 pil epam nitrazepam BP5 di dalam beg pinggang yang dipakai oleh salah seorang suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 dicekik rakan kerana berebut tempat duduk

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor telah dicekik rakannya gara-gara berebut tempat duduk dalam kejadian di sebuah sekolah di Cheras,...

More Articles Like This