PEMAIN perseorangan negara Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua Malaysia Masters 2023 selepas dilihat sangat lemah ketika berada di gelanggang dan terpaksa bertarung dengan dengan tahap kecergasan.
Pemain ranking ke-10 dunia tersebut dilihat beberapa kali jatuh tertiarap dan terlentang di gelanggang akibat keletihan sejak permainan berlanjutan di set kedua yang dimenanginya.
Pemain itu akhirnya tewas pada perlawanan di rubber set kepada lawan dari Taiwan, Lin Chun-yi 19-21, 21-16, 15-21 dalam tempoh satu jam 24 minit pada aksi di Axiata Arena sebentar tadi.
Pengurus yang juga kakaknya, Lee Zii Yii mendedahkan, keadaan badan Zii Jia tidak berada pada tahap terbaik dan terpaksa menelan panadol sejak beberapa hari kebelakangan ini.
“Seperti semua orang boleh nampak, dia (Zii Jia) berdiri pun pening, jadi dia tak boleh datang ke sidang akhbar ini. Maaf kepada semua orang yang menunggu, sebab itu saya menggantikan bagi pihaknya.
“Bukan demam tetapi sejak kebelakangan hari ini dia dah rasa tak selesa, jadi kita bagi dia makan ubat panadol. Malangnya, (badan) dia tak dapat bertahan.
BERITA BERKAITAN Zii Jia layak ke pusingan kedua, Tze Yong terkandas
“Keadaannya tak begitu teruk sampai perlu berjumpa doktor tetapi dia rasa tak selesa. Kita cuba dengan beri dia makan ubat, rehat dan dia juga tidak ada mengadu apa-apa sebelum perlawanan,” kata Zii Yii.
Kekalahan tersebut menyaksikan pemain dari Alor Setar, Kedah itu masih perlu menunggu untuk mendakap trofi pertamanya tahun ini dengan kejohanan seterusnya adalah Terbuka Singapura dari 6 hingga 11 Jun depan.
Zii Jia dijadualkan menghadapi pemain dari China, Weng Hongyang pada pusingan pertama kejohanan itu dan bakal bertemu pemenang antara Li Shifeng (China) atau Kento Momota (Jepun) di pusingan kedua.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

