Piala FA: KL City ke separuh akhir benam Sabah di Likas

Dari Penulis

JUARA tiga kali, Kuala Lumpur City FC bangkit daripada ketinggalan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas di Kota Kinabalu hari ini.

Skuad Sang Badak bimbingan Datuk Ong Kim Swee dengan rekod baik di laman sendiri bermula garang apabila mendahului seawal minit keenam menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Gabriel Peres selepas kapten KL City Paulo Josue menjatuhkan Jailton Paraiba.

KL City kembali memperkemaskan permainan sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29 hasil penyudah Romel Morales sekali gus mengubah perlawanan menjadi lebih rancak.

Menghampiri rehat, T. Saravanan muncul wira skuad The City Boys selepas meledak gol kedua pasukan pada minit ke-44.

Sabah yang tertekan cuba bangkit mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua, namun kekentalan barisan pertahanan KL City menidakkan beberapa peluang anak buah Kim Swee sekali gus terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar daripada saingan.

Pada perlawanan separuh akhir, KL City yang dibimbing Bojan Hodak akan membuat perhitungan menentang finalis dan juara dua kali Terengganu FC dalam merebut tempat ke pentas final. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This