POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung penularan poster mempromosikan pesta seks bebas bertajuk “Gang Bang JB Party” di laman Twitter.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran acara yang menyalahi undang-undang itu dijadual berlangsung pada 20 Jun, pukul 4 petang sehingga 9 malam.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 292 (e) Kanun Keseksan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis memberi amaran keras kepada penganjur agar tidak meneruskan acara tersebut.
Polis juga akan membuat pemantauan berterusan bagi acara yang menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.
Kamarul Zaman berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi talian 09-2212999.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

