Lelaki maut terjatuh dari pusat beli-belah

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditemui maut disyaki telah terjatuh dari sebuah pusat beli-belah dekat Persiaran Barat, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 11.18 pagi.

Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Ambulans dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan lelaki warga tempatan dengan umur tidak pasti itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, saksi kejadian memaklumkan telah menemui mangsa ketika melalui bawah bangunan tersebut sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi saringan COVID-19 dan bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

226 kes tatatertib libat SPRM sejak 2021, PDRM tertinggi

SEBANYAK 226 kes tindakan tatatertib melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh empat tahun sehingga September 2024. Bagaimanapun, tindakan...

More Articles Like This