
Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak hadir bertugas pada Ahad lalu terjawab apabila ditemui maut di dalam parit di hadapan sebuah hotel dekat Sabak Bernam, petang tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan kereta mangsa kira-kira pada pukul 4.23 petang.
Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba dua minit kemudian dan mendapati sebuah kereta Perodua Kelisa telah terbabas serta terbalik di dalam parit sedalam dua meter.
“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa berusia 28 tahun itu dengan menggunakan sebuah jengkaut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa Mohamad Khair Mahat yang bertugas di markas TLDM Lumut, Perak disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Wan Razali berkata, isteri mangsa telah menerima makluman bahawa mangsa tidak hadir bertugas pada Ahad lalu sebelum bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan itu.
Beliau berkata, mangsa kemudian ditemui oleh pemotong rumput yang bertugas di lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram