POLIS meminta perakam video kejadian seorang penunggang motosikal menendang sebuah Perodua Myvi ketika menukar lorong di Lebuhraya Damansara Puchong untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan video tular di Facebook itu malam tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ekoran penunggang motosikal tidak berpuas hati dengan pemandu Myvi yang menukar lorong secara berbahaya.
“Kejadian dipercayai berlaku pada 8.50 malam Jumaat.
“Insiden tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, perakam video boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

