SEORANG lelaki cedera parah selepas dipercayai ditetak isterinya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan petang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia 30 tahun itu kemudiannya ditahan di rumahnya kira-kira pukul 3 petang, memetik laporan Astro AWANI.
Menurutnya, ia setelah polis menerima laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin berkaitan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam pada 12 tengah malam Isnin.
Mengikut keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan oleh anaknya yang lain, bahawa mangsa, 31, ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.
Katanya, suspek yang ditangkap di rumahnya kini direman selama enam hari bermula hari ini.
Tambahnya, hasil ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif dadah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

