10 Jenis Cendawan Yang Sedap Dan Selamat Dimakan

Dari Penulis

Cendawan adalah sejenis kulat. Tetapi tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada sesetengah daripadanya mengandungi racun. Jangan makan cendawan sebarangan jika kita tidak tahu asal usulnya kerana ia boleh menyebabkan kematian.

Ketahui 10 Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan

1.Telinga Kera
Cendawan Telinga Kera ini juga dikenali sebagai cendawan hitam. Bentuknya seakan telinga kera. Tekstrunya lembut dan berwarna coklat, tetapi jika dikeringkan ia bertukar menjadi hitam. Cendawan ini kebiasaanya enak dimasak sup dan masak lada hitam.

2. Cendawan Kukur
Cendawan kukur atau kulat sisir ini biasanya tumbuh pada batang-batang pokok getah yang telah di tebang atau tumbang. Cendawan ini berbentuk seakan kipas bersaiz 5 hingga 10 milimeter. Struktur cendawan ini kenyal dan tidak rapuh. Sedap jika dimasak masak lemak cili api atau pun digoreng. Cendawan kukur ini juga boleh dikeringkan dan disimpan lama.

3. Cendawan Shitake
Cendawan Shitake ini banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun, dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara. Bentuknya bulat berwarna coklat kehitaman dan mempunyai corak yang cantik di atasnya. Rasanya lembut dan memiliki aroma tersendiri. Ia boleh didapati secara segar dan kering. Enak dibuat ‘mushroom soup’.

4. Cendawan Enokitake
Cendawan Enokitake dikenali sebagai cendawan musim sejuk atau cendawan pinang emas kerana ia tumbuh bebas pada suhu rendah dan mula banyak pada musim luruh hingga awal musim bunga. Bentuknya panjang berwarna putih seperti tauge. Teksturnya kenyal-kenyal dan rangup apabila dikunyah. Cendawan ini agak murah di pasaran.

5. Cendawan Bunashimeji
Cendawan Bunashimeji ini mempunyai dua warna iaitu berwarna coklat dan putih. Cendawan ini mempunyai kepala yang berbentuk bulat dan separa bulat berwarna coklat atau putih. Bahagian batangnya berbentuk selinder. Cendawan bunashimeji ini mempunyai bau yang wangi, teksturnya lembut kenyal dan rangup. Boleh dimakan mentah dan tidak perlu dibasuh kerana ia ditanam secara organik.

6. Cendawan Tiram
Cendawan tiram ditanam secara komersil di seluruh dunia dan sangat popular di Malaysia. Cendawan ini dipanggil tiram kerana bentuk pada badan, kepala cendawan dilihat seperti tiram. Rasanya agak manis, lembut dan juga pejal. Ia boleh dimasak menggunakan pelbagai kaedah seperti digoreng, ditumis dan direbus. Cendawan ini sangat popular dalam masakan Cina.

7. Cendawan Butang
Ia tumbuh secara semula jadi, bentuk cendawan ini seakan butang dan mempunyai dua warna iaitu putih dan coklat. Ia biasanya tumbuh di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari musim bunga sehinggalah musim luruh di seluruh dunia. Cendawan ini terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utama, namun kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia. Teksturnya lembut dan kenyal itu amat sedap dan menyelerakan.

8. Cendawan Tali
Cendawan ini memang jarang ditemukan, ia biasanya ditemui tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Cendawan ini memiliki saiz kecil iaitu sekitar 20 hingga 30 milimeter sahaja. Berbentuk payung berwarna putih keperangan. Ia juga mempunyai tangkai atau batang yang panjang sekitar 60 hingga 70 milimeter. Cendawan ini sama seperti cendawan yang lain, boleh dimakan secara goreng dan direbus.

9. Cendawan Tiram Raja
Cendawan tiram raja mempunyai batang atau tangkai berdaging putih tebal. Kepalanya berbentuk payung kecil berwarna coklat. Teksturnya kenyal dan lembut. Ia akan mengeluarkan aroma tersendiri ketika dimasak. Cendawan ini juga dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan. Disajikan dengan pelbagai jenis masakan, ia boleh digoreng, dibakar, ditumis dan sebagainya.

10. Cendawan Busut
Cendawan busut ini memang mudah dijumpai di kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit. Cendawan ini sama seperti cendawan tali, tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Ia biasanya kembang di awal pagi dan mati dalam tempuh dua hari. Isi cendawan ini lembut dan mempunyai aroma yang wangi. Ia biasanya sedap di masak sayur tumis dan dibuat sup cendawan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This