Arah anak dipanggil temu duga, bekas NC UPSI dihukum penjara 18 bulan

Dari Penulis

BEKAS Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Zakaria Kasa, 66, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi, Ipoh atas pertuduhan salah guna kuasa sembilan tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Su Tiang Joo, sekali gus mengetepikan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen sebelum ini yang melepaskan dan membebaskan tertuduh.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Namun tertuduh diarah menjelaskan denda yang diputuskan mahkamah hari ini dan diarah menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal berbuat demikian.

Berdasarkan pertuduhan, Zakaria didakwa menggunakan jawatannya ketika itu dengan mengarahkan Mohd Faizi Othman iaitu Pendaftar UPSI untuk memasukkan nama anak lelakinya, Mohd Fauzi Zakaria, untuk dipanggil temu duga pada 12 September 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Naib Canselor di Bangunan Canselor UPSI di Tanjung Malim antara 24 Jun hingga 12 September 2014.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor, manakala Zakaria diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, Shahidah Muslimah Roslan dan Noor Hidayah Mohd. Saad.

Mahkamah Seksyen di sini, sebelum ini melepaskan dan membebaskan Zakaria daripada pertuduhan salah guna kuasa itu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This