YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menandatangani Laporan Khidmat Nasihat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha meningkatkan integriti dalam yayasan tersebut.
Majlis menandatangani Laporan Khidmat Nasihat itu telah diadakan di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, semalam.
Delegasi SPRM diketuai Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM, Jamaludin Puteh.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, yayasan tersebut amat mengalu-alukan cadangan SPRM dalam memantapkan lagi prosedur dan polisi operasi YBR.
Katanya, ia bagi meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan YBR ke arah perkhidmatan terbaik.
“YBR juga akan memastikan fokus terhadap pematuhan polisi setiap masa dalam membuat keputusan supaya ia telus dan tidak membuka ruang serta peluang kepada aktiviti rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: YBR bantu 60 sekolah, 31 warga emas di Penampang
Sementara itu, Jamaludin berkata, pihaknya berpuas hati terhadap sistem, amalan dan tatacara YBR secara keseluruhan.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan beberapa penambahbaikan bertujuan memantapkan prosedur dan polisi pematuhan YBR untuk mengelakkan sebarang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
Beliau turut mengucapkan tahniah atas komitmen yang telah diberikan YBR sepanjang sesi khidmat nasihat dijalankan sejak tahun lalu.
Berdasarkan kajian skor ketelusan tertinggi yang telah dijalankan Wiki Impact, YBR disenaraikan di tangga ketiga tertinggi antara 32 yayasan terbaik di Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

