KEJOHANAN Menembak Piala Datin Hajjah Zaleha yang bakal diadakan pada Sabtu dan Ahad ini mampu menarik minat pemilik shotgun menguji kemahiran masing-masing.
Pengarah Program Piala Datin Hajjah Zaleha, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, piala yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.
Mohamad Hamdan memaklumkan, kejohanan tersebut tercetus hasil idea Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani yang mahu menjadikannya sebagai acara tahunan kelab berkenaan.
Malah, Piala Datin Hajjah Zaleha juga diinspirasikan atas nama ibu Dato’ Sri Shafiz iaitu Datin Zaleha Abdul Rahman.
“Kita anjurkan piala ini bagi menarik penyertaan peminat shotgun kerana sebelum ini mereka tidak mengetahui tentang pertandingan practical shooting melibatkan shotgun.
“Kebanyakan peserta hanya mengetahui tentang clay shooting.
“Pertandingan ini juga menjadi platform bagi pemilik shotgun berlatih untuk memantap dan memperkemas tembakan masing-masing,” katanya kepada UtusanTV.
https://www.tiktok.com/t/ZSLLv6GJ4/?t=1
Baca artikel berkaitan: KMSS penuhi standard lapang sasar antarabangsa
Mengulas lanjut, Mohamad Hamdan memaklumkan, seramai 50 peserta telah pun mengesahkan penyertaan bagi kejohanan yang pertama kali diadakan ini.
Katanya, kejohanan itu bakal menampilkan dua kategori iaitu semi-automatik dan pump action.
Menurut Mohamad Hamdan, setiap peserta juga bakal melalui 12 peringkat kejohanan iaitu satu peringkat panjang, lima medium dan enam pendek yang tentunya menjanjikan cabaran berbeza.
“Walaupun penyertaan masih belum ramai tetapi kita yakin dengan pendedahan terhadap kejohanan ini, kejohanan ini bakal menarik lebih ramai peserta pada tahun-tahun akan datang.
“Maklum balas yang kami terima daripada kelab, negeri dan individu yang mempunyai shotgun juga amat positif.
“Cuma mereka mahu melihat dahulu bagaimana kejohanan ini diadakan. Kita berharap dengan penganjuran kali pertama ini dapat menarik lebih ramai pemilik shotgun untuk sertai tahun hadapan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

