TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai seorang yang kuat ‘merapu’.
Hal itu selepas Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendakwa kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerana berasaskan wang.
Menurut Ahmad Faizal, usaha untuk bekerjasama itu pada asasnya adalah untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang dilihatnya tertekan di bawah pentadbiran baharu ketika ini.
“Bukannya untuk tujuan politik semata-mata tetapi, hari ini keadaan begitu getir. Kita lihat kerajaan tidak begitu menitik beratkan tentang orang Melayu.
“Anak-anak kita yang menyambung pendidikan pun sudah tidak ada lagi biasiswa, perkhidmatan kesihatan pun begitu sukar untuk kita dapati.
“Jadi ini yang menyebabkan tokoh-tokoh pemimpin orang Melayu ini perlu bersatu bagi memperjuangkan nasib orang Melayu itu sendiri,” katanya ketika ditemui di Putrajaya hari ini.
Baca juga: Ahmad Zahid tak buat ‘homework’ bila bidas Presiden Pas
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, PN ketika ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan nasib orang Melayu terbela.
Katanya, fokus utama PN yang bakal bekerjasama dengan Dr Mahathir adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi orang Melayu.
Beliau berkata, PN pada sama turut bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri nanti.
“Kita harap sokongan orang ramai terhadap PN dalam PRN nanti dapat diperkuatkan lagi supaya dapat memberi isyarat kepada Kerajaan Persekutuan agar tidak meminggirkan nasib orang Melayu.
“Mana mungkin mana-mana kuasa dapat tahan satu gelombang yang dibawa oleh orang Melayu yang berasa begitu cemas, risau dan bimbang terhadap keadaan apabila kerajaan hari ini tidak menitik beratkan nasib untuk orang Melayu.
“Gelombang daripada orang Melayu yang merupakan majoriti di negara kita sendiri, saya tidak fikir ia mampu dihentikan walaupun dengan sekatan kempen di media sosial,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

