Wanita maut selepas Bezza masuk longkang dekat Tol Gombak

Dari Penulis

SEORANG wanita disahkan maut selepas kereta yang dipandu terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang dekat Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 8.37 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta Perodua Bezza terbabas ke dalam longkang.

“Seorang wanita Cina berusia 29 tahun disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This