Ubah wajah gerai, penjaja kecil tingkat produktiviti peniaga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ARAHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara diubah wajah kepada lebih selesa, indah dan bersih mampu meningkatkan produktiviti peniaga. 

Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Zahid Ismail berkata, langkah tersebut juga penting ke arah kemakmuran gerai perniagaan. 

Menurut beliau, usaha yang dicetuskan Perdana Menteri itu harus disokong pemilik gerai yang menjadi tunjang dalam mempromosi produktiviti dan keuntungan. 

Zahid berkata, pemilik gerai juga perlu memahami keperluan pelanggan dan menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti untuk memenuhi jangkaan. 

“Mereka juga perlu berkongsi amalan terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi. 

“ini termasuk dari segi penjagaan kebersihan, kesihatan, penyusunan stok yang baik dan pengurusan kewangan yang efisien melalui penggunaan teknologi digital,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Zahid berkata, pelanggan pula perlu sentiasa memberi maklum balas membantu pemilik gerai untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan operasi. 

Baca artikel berkaitan: PM seru tingkat usaha naik taraf, indahkan medan selera, gerai

Jelasnya, pelanggan yang berpuas hati perlu memberikan sokongan dan mencadangkan gerai yang terbaik kepada orang lain bagi membantu meningkatkan perniagaan gerai tersebut. 

“Usaha menambah baik persekitaran gerai peniaga kecil memerlukan penglibatan dan penyertaan semua pihak. 

“Kerjasama antara kerajaan, pemilik gerai dan pelanggan amat penting agar gerai di Malaysia dapat terus berkembang, produktif dan makmur,” katanya. 

Sabtu lalu, Perdana Menteri mengarahkan usaha digerakkan bagi mengubah ‘wajah’ penjaja bagi menjamin kesejahteraan penempatan gerai. 

Anwar berkata, langkah itu diambil bagi menyediakan infrastruktur yang lebih selesa dan bersih dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas jangka gelombang penghijrahan ahli Bersatu – Annuar

PAS memberi bayangan kemungkinan berlakunya penghijrahan besar-besaran dalam kalangan ahli Bersatu susulan perkembangan politik semasa yang sedang dihadapi parti...

More Articles Like This