BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PRN itu juga perlu menjadi landasan kebangkitan semula BN, selepas kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan PRU15.

“Realiti politik tanah air ketika ini ialah kita sebahagian Kerajaan Perpaduan, kita tidak dominan, kita harus akui…(jadi) tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi keberhasilannya (kemenangan) kurang.

“Dua kali kita kecundang…kita harus sedar undi kita pada PRU pun sekitar 23 peratus dan kerusi pun cuma sekitar 11 peratus… jadi kita harus bangkit,” katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Takilimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Media UMNO

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Skuad Sayang 3K, sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Basca artikel lain: MOSTI teroka usaha kerajaan dalam bidang sains, teknologi, inovasi berteraskan nilai Madani

Ahmad Zahid berkata kini tiba masanya BN untuk bangkit dan bergerak ke hadapan, dengan mencari titik persamaan dan parti itu harus memperbetulkan kelemahan mereka terdahulu, yang terlalu melayani titik perbezaan.

“Kita harus melihat kebersamaan yang ada antara BN dan PH (Pakatan Harapan), macam agenda Melayu, agenda Islam, Raja-Raja dan Bahasa Melayu, mereka (PH) tidak pernah usik malah mereka juga hormati, dan juga dalam Perlembagaan UMNO, perkara itu wajib dipertahankan.

Jadi saya tidak nampak ada permasalahan, kononnya kita gadai maruah dan sebagainya…. (malah) kita sering dikonotasi bekerjasama dengan DAP, hakikatnya kita ada MCA dan MIC di dalam BN,” katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Takilimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Media UMNO

Tambahnya PAS sendiri pernah beberapa kali bekerjasama atau ‘kahwin mutaah’ dengan DAP, namun ketika ini BN pula yang ditohmah gadai agama Islam dan Melayu.

Enam negeri yang akan menghadapi PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This