POLIS kini memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Rider dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah rumah dekat Taman Sentosa Utama, Klang pada 26 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun mengalami 27 kesan kecederaan pada seluruh badan dan patah tulang kiri.
Beliau berkata, pakar forensik mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan tisu lembut yang teruk akibat trauma tumpul.
“Suspek yang dikenali sebagai B. Perkas Rao atau Rider berusia 41 tahun masih diburu polis.
“Lelaki itu mempunyai empat rekod lampau dalam jenayah dan dua rekod dadah,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalah membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

