MAJLIS Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, UMNO Malaysia (HAWA) akan melipatgandakan keterlibatan kaum bapa dalam memperjuangkan kaum wanita.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil berkata, langlah itu penting dalam usaha kolektif HAWA ke arah masa depan negara yang lebih baik.
Jelas beliau, HAWA membawa tekad untuk menjadi penghubung yang menyatukan suara masyarakat awam dan para pakar rujuk dari bidang profesional dan akademik untuk melandaskan arahtuju HAWA.
“Ini merupakan satu kerjasama pintar yang melangkaui sempadan politik kepartian.
“Halatuju HAWA akan ditentu ukur berdasarkan realiti kehidupan rakyat dan maklumbalas sebenar dari pelbagai pihak.
“Inilah politik masa depan yang HAWA ingin ketengahkan. Ketika ini, kita sedar UMNO berada di tempat dan keadaan yang amat berbeza dari dahulu.
“Perubahan yang berlaku dalam politik negara menuntut UMNO untuk juga berubah. Cara kita berjuang dan membela nasib rakyat serta menentukan negara membangun mesti berubah jika UMNO mahu kekal relevan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, HAWA menyahut cabaran yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa perubahan melalui isu-isu wanita dan keluarga.
Jelas beliau, perubahan itu akan bermula dengan HAWA yang telah bersedia untuk menggalas cabaran tersebut.
Untuk rekod, HAWA telah ditubuhkan pada 22 Mac 2023 selaras dengan pengumuman Presiden UMNO selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang pertama pasca Pemilihan UMNO 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

