Musim buah durian telah tiba. Lebihan durian, bolehlah kita buat kuih bakar. Pasti semerbak, satu rumah bau aroma kuih bakar. Sedap tau! Kalau orang dahulu, suka bakar mengunakan serabut atau tempurung kelapa. Rasanya lebih enak. Kita lebih mudah gunakan oven aje.. Bakar selama 40 minit, dah siap!
KUIH BAKAR DURIAN
BAHAN
260 gm tepung gandum
240 gm gula
400 ml santan pekat
250 gm isi durian – lecek
4 biji telur gred A – pukul ringan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanila
450 ml air
Sedikit bijan hitam
CARA PENYEDIAAN
- Satukan tepung, gula dan air, kacau rata.
- Masukkan isi durian, santan pekat, telur, esen vanila, pewarna kuning dan garam. Kacau perlahan-lahan.
- Masukkan minyak masak dan kacau lagi.
- Panaskan loyang atau acuan kecil di dalam ketuhar dan sapu sedikit minyak.
- Keluarkan loyang dan tuang adunan ke dalamnya. Taburkan dengan sedikit bijan.
- Bakar selama 30 minit sehingga 40 minit pada suhu 200°C.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

