Bot karam: Seorang lemas, tujuh selamat – Bomba

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas ditemukan lemas selepas bot pancing yang dinaiki bersama tujuh lagi individu karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, kira-kira 77km dari Kuala Lumpur, petang ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mangsa dikenali sebagai Ang Tong Poh, 67, merupakan pengendali bot itu manakala tujuh lagi yang selamat berumur lingkungan 16 hingga 50 tahun dan semuanya lelaki.

Beliau memaklumkan bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kira-kira 2.27 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 2.40 petang.

“Pihak bomba dimaklumkan sebuah bot pancing dinaiki lapan lelaki dipercayai karam pada 12 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan dari Jeti Sepang Kecil ke Kelong Haji Nazri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pihak bomba yang membuat pencarian di persisiran pantai kemudian menemukan seorang lelaki terdampar di hutan bakau kira-kira tiga kilometer dari Jeti Sepang Kecil dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This