Rasa Lemak Dan Rangup Apam Balik Crispy, Licin Sekelip Mata

Dari Penulis


Penularan pandemik Covid-19, 2 tahun lalu memberi impak yang sangat besar terhadap peniaga-peniaga kecil. Segala aktiviti terbatas, apatah lagi untuk berniaga. Ketika itu, mahu tidak mahu terpaksa akur dengan pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) dan pasar malam diarah tutup sepenuhnya, bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Namun buat, Siti Nurdiana Zupriadi pengusaha Apam Balik Crispy, cabaran yang cukup getir ini, memaksa dirinya terus berusaha mencari idea meneruskan jualan kerana ia merupakan sumber utama pendapatan keluarganya ketika itu.
“Kami hanya mengharapkan pendapatan dari jualan Apam Balik Crispy ini sahaja sejak dari tahun 2014 lagi. Kalau tidak meniaga, kami memang tidak ada pendapatan lain. Kami cuba menjual apam balik secara dalam talian. Alhamdulillah, mendapat sambutan walaupun tidak banyak pada awalnya. Tetapi akhirnya, makin lama makin banyak tempahan sehingga terpaksa tutup tempahan buat seketika,” ujarnya.


Sejak menjual secara dalam talian, Apam Balik Crispy mula dikenali. Semakin ramai yang mengikuti perkembangan mereka dan membuat tempahan daripadanya. Sehingga kini, Nurdiana menjadikan platform sosial media seperti Facebook, Tiktok, Instagram untuk memperluaskan perniagaan.
“Apam balik kami, nipis dan rangup. Tidak sama dengan apam balik biasa. Apam Balik Crispy, sesuai dinikmati oleh semua generasi. Orang muda, sukakan apam balik rangup. Kalau apam balik biasa, tepungnya lebih tebal dan lembut. Rasanya juga lebih manis dan cepat muak berbanding Apam Balik Crispy,” katanya. Untuk nilai tambah, Nurdiana menyediakan tiga perisa iaitu original, coklat dan strawberi.

Tekstur apam balik yang rangup, menepati cita rasa sesiapa sahaja.

Resipi turun temurun daripada ayah Nurdiana ini, diusahakan dengan modal yang kecil pada permulaannya sehingga kini mempunyai beberapa gerai Apam Balik Crispy. “Bila tempahan semakin banyak, kami membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai, jika dahulu diuruskan bersama adik beradik, kini kami boleh mengambil dan membayar gaji dua hingga tiga orang pekerja. Walaupun tidak ramai, tetapi kami tetap bersyukur,” terang Nurdiana.

Apam Balik Crispy ini bukan sahaja menjalankan perniagaan di pasar malam sekitar Kuala Lumpur, bahkan ia turut menerima tempahan untuk majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka, sambutan hari lahir dan sebagainya.
“Kalau hendak bercakap tentang pesaing, tidak dinafikan memang ramai terutamanya bagi kami yang berniaga di pasar malam. Bukan seorang dua yang menjual apam balik, kadang-kadang boleh cecah sampai empat pesaing tetapi kami percaya pada rezeki masing-masing dan bersaing secara sihat.

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob turut berpeluang merasai keenakan Apam Balik Crispy di majlis rumah terbuka UtusanTV pada Syawal lalu.

“Dari segi katering pun sama, memang ramai tapi kami berserah sahaja pada Allah. Kalau orang suka pada apam balik kami, semestinya mereka akan membuat tempahan daripada kami. Dan kebanyakan yang mesej kami semuanya daripada kenalan pelanggan tetap kami. Ini bermakna Apam Balik Crispy sudah semakin dikenali,” kata Nurdiana.
Apam Balik Crispy menawarkan beberapa pakej yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan antaranya Pakej Meriah – 1000 pax, Pakej Santai – 800 pax dan Pakej Family – 500 pax.
Impian Nurdiana, untuk mengembangkan perniagaan Apam Balik Crispy milik keluarganya ini ke seluruh Malaysia dan memenuhi permintaan pelanggan yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi terus Nurdiana 012-6653756.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This