Isteri keguguran & masih di hospital, Baim Wong sempat ‘curi’ masa hadir ke majlis resepsi Janna Nick

Dari Penulis

PELAKON popular Indonesia, Baim Wong sebelum ini terpaksa turun dari kapal terbang dan membatalkan perjalanan ke haji akibat isterinya, Paula Verhoeven, mengalami keguguran.

Menerusi hantaran di Instagram milik Baim, dia memaparkan beberapa foto isterinya terbaring di hospital bersama foto tangkap layar Whatsapp bersama isterinya dengan menyatakan keadaan semasa.

“Di samping banyak cerita yang harus saya selindungkan, kerana kita tak layak untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

“Anggaplah saya tak jadi pergi haji kerana ini. Tak pernah saya cerita, bahkan kepada orang terdekat pun, kerana saya tak mahu orang bersimpati.

“Risau pandangan kalian mengenai haji ini, anggap saja Allah menggagalkan saya berangkat demi menjaga isteri saya yang keguguran,” ungkapnya menerusi kapsyen Instagram.

Bagaimanapun, di saat pelakon berusia 42 tahun itu menghadapi berita duka, dia sempat menghadiri perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann, pada Sabtu lalu.

Menjengah ke Instagram milik pelakon, Nora Danish, yang turut hadir ke majlis yang diadakan di Langkawi, dia memuat naik foto bersama pelakon drama Di Sebalik Kasyaf.

Ujar Nora, dia akui berasa teruja apabila bertemu kembali bersama aktor drama Bukan Cinta Aku selepas 14 tahun berlalu.

“Selepas 14 tahun, berjumpa kembali. Gembira dapat berjumpa awak,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon kelahiran Jakarta, Indonesia itu turut membalas di ruangan komen mengenai kecantikan Nora yang masih kekal dari dulu sehingga sekarang.

“Dan awak masih cantik!” tulisnya.

Pada 10 Jun, Janna telah melangsungkan pernikahannya bersama pelakon, Dini Schatzmann yang diadakan secara tertutup di Langkawi.

Dalam pada itu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM2,703 kepada Janna yang merupakan simbolik perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan seutas rantai emas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This