SEORANG lelaki warga emas cedera selepas kereta yang dipandu merempuh masuk sebuah stesen minyak dekat Jalan Bukit Rambai, Melaka, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 7 malam itu, sebanyak lima keping panel kaca telah pecah akibat dirempuh Hyundai Sonata tersebut.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu berusia 69 tahun itu baru selesai mengisi minyak dan telah tertekan pedal minyak ketika masuk ke gear ‘D’.
“Pemandu yang bekerja sebagai buruh sawah itu kemudian terbabas lalu merempuh kedai serbaneka di pam minyak tersebut.
“Pemandu mengalami kecederaan ringan di kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, semakan mendapati pemandu terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan kereta tamat tempoh pada Disember lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

