2 pekerja maut dalam kebakaran kilang percetakan dekat Bangi

Dari Penulis

DUA pekerja kilang warga Bangladesh maut dalam kebakaran kilang percetakan dekat Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi pada awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.14 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang dan tujuh buah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan melakukan pemadam secara terus ke dalam bangunan.

“Kebakaran melibatkan kertas kitar semula yang terdapat di dalam bangunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebakaran berjaya dipadam pada pukul 4.50 pagi dan terdapat enam lelaki warga Bangladesh diselamatkan selepas terperangkap dalam kilang.

“Bagaimanapun dua mangsa yang dikenali sebagai Liton, 34, dan Murade, 38, disahkan maut akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang tiada pengudaraan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This