Sharifah Sakinah beri amaran akhir, berhenti jadikan anak perempuannya sebagai bahan ejekan – “Sebelum saya ambil tindakan undang-undang…,”

Dari Penulis

KECOH di media sosial mengenai video tular anak kepada pelakon, Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha serta kakaknya yang juga seorang aktres, Sharifah Shahirah, dikecam hebat oleh netizen.

Ujar Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, tampil bersuara di akaun Instagram miliknya tentang dia tidak kisah menjadi bualan ‘keyboard warrior’ netizen, tetapi bukan dengan cara membuli anaknya.

“Saya ingin bercakap tentang insiden baru-baru ini yang melibatkan Anais dan kakak saya yang telah mendapat perhatian tular di TikTok, walaupun aktiviti saya terhad di platform.

“Tak apa kalau kamu mahu cakap buruk atau anggap saya paling teruk, tetapi bukan terhadap kanak-kanak (Anais). Sepanjang 15 tahun saya ada Instagram, saya telah kurangkan berkaitan hal peribadi untuk mengelak daripada masuk ke kandungan eksploitatif atau ulasan produk ketat pemutih, pelangsingan vagina,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Kimchi Untuk Awak menzahirkan rasa sedih atas kutukan netizen terhadap anaknya malah keutamannya adalah kesejahteraan anaknya dan nama baik keluarga.

“Keutamaan saya sentiasa adalah kesejahteraan anak perempuan saya dan menjaga nama baik keluarganya. Saya sungguh sedih menyaksikan buli yang ditujukan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun,” tambahnya.

Susulan itu, pelakon drama Isteri Misteri itu memberikan amaran terakhir untuk warganet yang melakukan hal demikian sebelum perkara itu menjadi lebih serius dibawa ke mahkamah.

Tambahnya, pelakon berusia 34 tahun itu menitipkan pesanan untuk sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain dan bukan menjatuhkan reputasi masing-masing.

“Pertimbangkan ini amaran terakhir saya sebelum saya mengambil langkah undang-undang untuk melindungi orang yang saya sayangi.

“Mari kita memupuk persekitaran dalam talian yang penuh belas kasihan di mana kita mengangkat satu sama lain daripada menjatuhkan satu sama lain,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh kakak kepada Sharifah Sakinah yang juga seorang aktres iaitu Sharifah Shahira yang memaparkan Noor Nabila membersihkan sofa miliknya yang dipercayai terkena kencing milik Anais, telah dikecam hebat oleh netizen.

Jelas Sharifah Shahira, dia terlupa untuk meminta Anais ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur kerana kebiasaannya anak saudaranya itu tidur pada jam 8.30 malam, tetapi mereka hadir ke rumah Nabila pada jam 10.00 malam dan sudah terlepas waktu tidur yang sebenar.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun telah bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia enam tahun.

Setelah itu, dia berkahwin dengan seorang jejaka Sweden, Michael Hansen namun rumah tangganya tidak dapat bertahan lama dan bercerai selepas tiga tahun bersama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This