KOPERASI Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak 10 peratus bersamaan RM 6.5 juta.
Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, dividen itu adalah untuk 452,728 orang anggotanya berbanding 5.8 Juta pada 2021.
Menurut beliau, Koop Sahabat juga telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM 12.6 juta, melonjak 25 peratus berbanding 10.1 juta pada tahun 2021.
Katanya, prestasi itu merupakan komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 disamping dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada bakal anggota daripada kalangan Sahabat Usahawan AIM.
“Kami percaya perniagaan Koop Sahabat yang kini meliputi perniagaan dalam Perkhidmatan Kewangan seperti Ar Rahnu, Pembangunan Hartanah, Pelaburan Korporat, Pelaburan Strategik serta pelaburan di dalam ekuiti awam akan terus berkembang dengan sokongan daripada anggotanya,”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-10, hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Pengerusi (Operasi dan Kawal Selia), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, Mazri Mahmood.
Pada majlis sama, Koop Sahabat juga melancarkan produk i-Gold Personal Account (i-GPA) iaitu produk emas digital patuh syariah dengan kerjasama KAB Goldynamic Sdn. Bhd. yang mampu membantu serta mengukuhkan kewangan masyarakat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Beliau menambah, i-GPA memberi peluang kepada semua anggota masyarakat untuk memiliki simpanan emas digital mereka sendiri dan boleh ditukar kepada emas fizikal apabila simpanan telah mencukupi.
“i-GPA merupakan kaedah terbaharu kepada pekerja gig dan anak-anak anggota koperasi untuk membuat tabungan masa hadapan dengan memiliki emas dalam bentuk digital bagi membina dana kecemasan.
“Pembelian emas digital serendah RM 10, melayakkan anggota dan anak-anak anggota serta pengguna untuk memiliki simpanan mereka.,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

