Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan tepi jalan meninggal dunia di hospital

Dari Penulis

SEORANG bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di tepi jalan dekat kawasan parkir sebuah pangsapuri dekat Kajang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu berusia 51 tahun.

Beliau berkata, bayi tersebut ditemui tanpa sebarang pakaian dan tiada nota ditinggalkan.

“Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.

“Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 10.35 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat bayi itu diserahkan kepada Jabatan Forensik bagi tujuan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan...

More Articles Like This