Pendawai elektrik maut ketika ke tempat kerja

Dari Penulis

SEORANG pendawai elektrik maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Butut, pukul 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa Daniel Azim Abu Bakar, 21, disahkan maut pada pukul 9.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Katanya, hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki dalam perjalanan dari Kampung Padang Setengga ke tempat kerja di Binjai Rendah, Marang.

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa melangggar sebuah Perodua Axia yang keluar dari simpang.

“Pemandu kereta itu seorang wanita berusia 42 tahun ingin membelok kanan untuk ke kedai runcit miliknya di Kampung Butut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kaki kiri dan kanan manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This