KJ tak sertai mana-mana parti atau tubuh parti baharu – Sumber

Dari Penulis

KHAIRY Jamaluddin tidak akan menyertai mana-mana parti mahu pun menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan sumber yang dekat dengan Perikatan Nasional (PN) susulan pertemuan bekas Ketua Pemuda UMNO berkenaan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“KJ dah nyatakan tidak akan sertai BERSATU atau mana-mana parti politik pada masa ini mahupun tubuhkan parti baharu.

“Bagaimanapun beliau (Khairy) sedia untuk bantu bawa gelombang rakyat dalam kempen kami (PN) pada PRN nanti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, Khairy berkongsi foto bersama Muhyiddin di laman media sosial namun tidak disertakan keterangan gambar.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mengesahkan, pertemuan diadakan di kediaman Muhyiddin namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Sebelum ini media melaporkan Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN dipercayai bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan itu.

Bacaa artikel lain: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan 7 individu batal larangan merokok di kedai makan

Mei lalu Muhyiddin mengemukakan tawaran kepada Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin dilaporkan berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan, tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Jumaat lalu, Khairy turut menyertai perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This