SEORANG wanita ditemui mati lemas manakala seorang lagi hilang selepas hanyut dibawa arus deras di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 5.30 petang.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Dua wanita yang identitinya belum dikenal pasti telah hanyut ketika mandi-manda di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan dan dua pasukan telah dipecahkan bagi menyelusuri Sungai Pertak.
“Seorang mangsa telah ditemui di celah batu dan proses mengeluarkan sedang dijalankan pihak bomba.
“Sementara seorang lagi mangsa masih dalam pencarian,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

